hai. Assalamualaikum.
Aku baru habis ziarah entri terbaru kat Terfaktab Zine. Memang best la. Aku suka baca entri blog ni, writers dia ramai so then mesti la banyak cerita. Abt latest entry ni mmg aku suka sbab aku pun perempuan macho jugak. heh! betul whatt. kalau tak aku tak laaa selamber tegur ex aku masa terserempak haritu dengan muka happy macam si arwah tak penah buat salah kat aku.
Mungkin kami perempuan macho ni nampak rilek cool bila kena tinggal. sebabnya kami dah lama bersedia. Lagi satu, pengalaman banyak bagi pengajaran la. Sebelum ni bukanya tak pernah kena tinggal. So bila bercinta balik ni sama jugak risiko dia. Risiko kena tinggal, kena tipu. Kalau tak ready mental fizikal jangan bercinta. dont put yourself in a relationship kalau takut kena tinggal. senang.
Sebenarnya, pendapat aku la kan..perempuan macho ni kena tinggal mungkin sebab personaliti dia takpun perangai dia yang kadang tu macam tak amik kisah. Ni kisah aku laa orang lain aku tak tahu. aku ni jenis rilek ja tengok pakwe sembang mesra dengan pompuan lain. Aku tak kisah sebab kalau dia memang letak tanam aku sorang dalam minda dan hati dia, takdak apa yang boleh kacau. tapi kalau agak dah pompuan tu pun mcm bitches kann. Baru la aku take action.
Lagi satu aku ni bukan jenis manja selalu. sampai benda tak patut punn nak manja ke merajuk ka. Im a grown up girl. lain ahh manja dengan makyah. Tu memang wajib. lagi lagi ujung bulan wet tak ckup!. haha
Aku memang cakap lepas. tak suka aku kabor sesiap. Suka aku senyum, aku gelak. senang je nak jaga. tak payah nak bagi hadiah mahal mahal sampai hang sendiri kopak hujung bulan pau meggi member. Tak yah semua tu. Cukup la hang hargai aku as human,as the person that you love the most.
Nak break? Takpalah.Cakap baik baik. dan benda ni pun shud remain between us la kan. yang aku paneh sgt bila ada yang nak masuk campur ni. cakap elok elok. Aku pun manusia. Boleh paham aihhh. Okay? takpayah nak hantar orang pesan pesan suruh aku move. suruh aku lupakan kau.
macho aku pun, aku tetap perempuan. Yang sensetif hati dan perasaanya. Yang menangis sebelum tidur kenang pakwe kena caras dek bitches. Tapi kami menangis malam tu sahaja. Esok pakai balik mask yang ada fake smile tu. Sebabnyaa tak semua kita boleh kongsi. tak semua prang faham apa kita rasa. and we choose to keep it ourself. sampai masa, move on. Move on yang takkan patah balik sampai bila.